Sunday 27 May 2018

Resepi: Choco Mini Pretzel

Harini aku buat sejenis lagi kuih raya yang paling sempoi nak buat, aku memang suka buat yang sempoi jer.. Haha.. Sebab terlalu 'rajin' buat kuih macam orang lain.

Oklah, kali ni nak share resepi Choco Mini Pretzel.

Bahan-bahan:
1. Compound dark chocolate.
2. Mini pretzel (boleh beli kat Aeon (Jusco) atau Jaya Grocer)


Cara-cara membuat:
1. Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler di atas dapur.

2. Celupkan mini pretzel separuh ke dalam coklat yang dah dicairkan.

3. Keringkan atas dulang, untuk lebih cepat coklat tu kering, letak dalam peti ais untuk beberapa minit. Cara aku, sementara aku celup pretzel lain, aku masukkan dalam peti ais. Siap celup dalam 50 keping pretzel, aku keluarkan yang dah disejukkan dalam peti ais tadi.

4. Masukkan dalam balang, tutup rapat.


Senang sangat kan? Cubalah..tak rugi tau.. Sepaket mini pretzel dapat lebih 160 keping. Untuk resepi lain kuih/kerepek raya tanpa oven yang aku buat, boleh tengok kat sini https://goo.gl/TDZuEy. 

Resepi: Kerepek Crispy Cheezy

Dah start buat kuih raya ke? Tahun ni ada tambahan resepi kuih/kerepek raya tanpa oven yang aku buat, boleh tengok posting sebelum ni kat sini https://goo.gl/TDZuEy

Kali ni aku buat Kerepek Crispy Cheezy.

Bahan-bahan:
1. Kulit popia.
2. Serbuk cheese original dan spicy.
3. Minyak masak untuk menggoreng.


Cara-cara membuat:
1. Potong kulit popia ikut bentuk kita suka, aku potong segi empat sama. 

2. Goreng dalam minyak yang cukup panas. 


3. Angkat kulit popia yang dah bertukar warna kepada kekuningan, toskan minyak. 

4. Tabur serbuk cheese ke atas kulit popia yang dah digoreng. Aku campurkan serbuk cheese original dengan sedikit perisa spicy. Tanak pedas sangat. 

5. Gaulkan kulit popia dengan serbuk cheese. 
6. Simpan dalam balang dan tutup rapat.

Dah siap, sedia untuk dingap.. 

Monday 21 May 2018

Nur Kasih Ramadhan: Masa Untuk Memberi


Dah tengok tak video kat atas ni? Kalau tak tengok, tengok dulu yer sebab apa yang aku nak share selanjutnya boleh korang relate kan.

Anak dalam video tu takde pilihan... Not even pilihan untuk makan atau tidak tapi memang takde makanan untuk dimakan. 

Kalau aku, anak lambat berbuka pun dah sedih,  apatah lagi nak membayangkan dia tak makan langsung. 

Ya Allah...dalam berpuasa, setiap hari aku sibuk fikir nak makan apa untuk berbuka, fikir nak sahur apa, nak makan kat mana.. Kat rumah atau di luar.. Kat kedai atau kat hotel?

Kalau mengikut statistik,  pembaziran makanan rakyat Malaysia pada bulan puasa mencecah 270 000 tan dalam bulan puasa. Khabarnya antara 50%-80% adalah lebihan makanan yang tak berusik pun. Rasa bersalah sebab pastinya aku jugak termasuk dalam kalangan yang membazir. Kadang masak, ada lebihan... Kadang beli, pun ada lebihan... Lebihan tu dibuang.. Itulah pembaziran. Berdosanya aku...

Bagi aku, masa inilah masa yang sesuai untuk kita memberi balik kepada yang memerlukan. Caranya?


*Bayar Zakat Fitrah (www.zakatselangor.com.my)


Zakat fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas semua orang yang berkemampuan dan dengan syarat-syarat tertentu. Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:


a) Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

b) Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari. 
c) Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
d) Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5 iaitu:

-Waktu Wajib: Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari 1 Syawal. 
-Waktu Afdal: Sebelum sembahyang Hari Raya. 
-Waktu Sunat: Sepanjang bulan Ramadhan. 
-Waktu Makruh: Selepas sembahyang raya sehingga terbenam matahari 1 Syawal. 
Waktu Haram: Selepas terbenam matahari 1 Syawal. 

Kadar Zakat Fitrah diambil berdasarkan kadar beras, untuk Selangor, telah ditetapkan kadar RM7 seorang. Kenapa ikut kadar beras? Boleh rujuk infografik kat bawah ni (klik gambar untuk paparan lebih jelas): 


Kutipan zakat yang dibuat ni akan diagihkan pada yang layak. Jom Kongsi Rezeki!

*Menderma kepada Tabung Kebajikan:


Aman Palestin (www.amanpalestin.net)


Antara tabung kebajikan yang terkemuka ialah Aman Palestin yang sudah beroperasi sejak tahun 2004. Aman Palestin merupakan inisiatif bagi membantu dan manyalurkan sumbangan serta menjaga kebajikan dan hak kemanusiaan rakyat Palestin. Aman Palestin bukan sahaja sentiasa berusaha memastikan setiap ringgit yang disumbangkan sampai ke Palestin tapi juga memastikan semua sumbangan dimanfaatkan sebaik mungkin. Dana Sumbangan dan Derma kepada Aman Palestin boleh disalurkan melalui bank-bank kat bawah ni:


Bank Islam: 12029010047880

Maybank: 562263010787
Bank Muamalat:12070005133717
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2

Tabung Wanita & Kanak-kanak Palestin:

Bank Islam: 12029010059895
Bank CIMB: 8600460353
Affin Bank: 105240006138
Al-Rajhi Bank: 103001881110858



Tabung lain yang boleh kita bagi sumbangan ialah kepada Persatuan Cinta Syria Malaysia (CSM)


CSM merupakan persatuan yang menyediakan kemudahan pembelajaran buat anak-anak pelarian Syria. Bagi tahun 2018 ni, CSM mempunyai sasaran sebanyak RM500,000 untuk misi Ramadhan For Syria. Setiap 1 tajaan bernilai RM100 (5,000 tajaan). Sumbangan boleh dibuat ke akaun rasmi Persatuan Cinta Syria Malaysia Maybank: 56283464098 dan perlu emelkan butiran sumbangan ke acc.tsdbj@gmail.com atau sumbangan dibuat secara atas talian ke www.billplz.com/Ramadhan4Syria. Tarikh akhir sumbangan adalah pada 25 Mei 2018. Cepat tau, tak lama dah ni...







*Sertai Sumbangan Projek Qaseh Ramadhan-Syawal 2018 (www.facebook.com/ProjectQaseh).


Satu lagi inisiatif persendirian oleh sekumpulan individu yang gigih mencari, mengumpul dan menghantar sumbangan kepada rumah Safiyyah, Pusat Perlindungan Anak-anak Yatim dan Asnaf Alam Jaya, Puncak Alam, Selangor. Untuk sumbangan boleh hubungi (telefon/whatsapp) sahabat-sahabat aku di bawah:


Asnida: 0122748774

Nadiah: 0192719389


    Tarikh pengumpulan barang ialah pada 1 sehingga 9 Jun 2018. Manakala tarikh penghantaran dijadualkan pada 10 Jun 2018. Infografik di bawah ialah senarai barang yang boleh disumbangkan.


   Sumbanglah atas kemampuan kita, ada sikit kita bagi sikit, ada banyak Alhamdulillah boleh bagi lebih. Semoga semua usaha kita diberkati dan diberkati Allah SWT. Jika ditanya mengapa nak kena bagi sekarang, tidak di bulan-bulan lain? Jawapannya, dalam bulan mulia, Ramadhan ini adalah antara waktu terbaik untuk kita memulakan atau meneruskan sesuatu yang baik. Di luar bulan Ramadhan moga kita juga terus istiqamah untuk memberi.  Moga Nur Kasih Ramadhan tersebar buat semua.

Saturday 19 May 2018

Berpuasa dengan Lazz Susu Kambing

Bulan Puasa dah pun tiba. Untuk mak-mak macam aku ni, bila puasa ni antara perkara penting ialah make sure anak-anak bersahur dan jugak berbuka puasa dengan makanan dan minuman yang elok dan berkhasiat. Bukan apa, nak pastikan anak tu dapat cukup tenaga untuk berpuasa dan jugak nak mengelakkan kesihatan terganggu sebab salah makan.

Sebelum ni tengok ramai kawan aku beli Susu Kambing jenama Lazz, rata-rata bila tanya tu komen sedap, takde bau hamis…so aku pun try lah…Betul, sedap dan takde bau hamis kambing tak mandi. Hehe. Yang bestnya lagi, Lazz Susu Kambing ni ada empat perisa, Lazz Choco, Lazz CafĂ©, Lazz Orgamilk (perisa asli) dan juga Lazz Kurma. Memang aku dan family dah test semua perisa, semua sedap. Jadi bila dah stock up semua perisa boleh lah tukar-tukar perisa ikut selera masing-masing kan.

Anak aku yang kecik tu sebelum ni minum susu kambing jenama lain pun suka susu Lazz ni, so lega rasanya sebab dia dah pandai rasa kalau tukar susu. Kang asyik komplen jer susu tak sedap, mau bingit telinga aku. Haha…

Kelebihan LAZZ Susu Kambing semasa berpuasa
Memandangkan dah start puasa ni, kenalah jugak cek apa kelebihan susu Lazz ni untuk kita dan anak-anak. Sebelum ni yang tahu susu kambing memang makanan Sunnah dan boleh bagi tenaga, jom tengok kalau ada lagi kelebihan lain. Bila buat sedikit research, dapat tau Lazz susu kambing ni memang elok untuk anak dari umur 2 tahun sampailah warga emas. Ibu mengandung dan jugak ibu-ibu yang menyusukan anak pun sangat sesuai minum. Kalau dikaitkan dengan puasa, nilah kelebihannya:
- Susu kambing yang bersifat alkali dapat membuang toksin dari badan. 
- Badan berasa lebih ringan. 
- Melegakan sakit gastrik. 
- Membuang angin dalam badan. 
- Mengawal kenaikan berat badan dan nafsu makan. 
- Mengurangkan risiko penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi dan diabetes.      

Bagus kan semua kelebihan ni, salah satu tujuan ALLAH suruh kita berpuasa ialah untuk merehatkan perut kita dan waktu puasalah badan kita boleh bekerja untuk membuang toksin secara semulajadi. Toksin yang kita dok simpan dalam badan selama berbulan-bulan tu kalau dapat buang memang sangat best. Sesuailah dengan kelebihan Lazz Susu Kambing ni yang dapat membantu menyahtoksin atau detox. Bila toksin dah dibuang, badan sememangnya akan jadik lebih sihat dan mengurangkan risiko penyakit kronik. Tak rugi langsung amalkan Lazz susu kambing ni kan?

Waktu sahur memang akan bancuhkan secawan Lazz Susu Kambing dengan kurma untuk diri sendiri dan anak-anak. Waktu berbuka kalau tanak makan heavy terus pun aku bancuh dulu susu Lazz orgamilk ni makan dengan kurma 3 biji, solat Maghrib, kemudian sikit baru ambik makanan berat, jadi takde lah perut terkejut masuk makanan. 


Harga dan Cara Pembelian LAZZ Susu Kambing
Nak tahu harga Lazz Susu Kambing?  Ok, bagi semua perisa, dijual dalam kotak seberat 500 gm dengan harga macam kat bawah ni:


Cara pembelian pun senang jer, boleh buat pesanan melalui wasap ke http://www.wasap.my/60108232600/

atau online www.lazzdelivery.com

Untuk maklumat lanjut, boleh ke 


atau



Sumber info:
Laman web www.lazz.my

*Resepi Overnite Oat Lazz
Pernah terbangun lambat untuk sahur atau ada sakiy gastrik, Overnite oat ni makanan mudah untuk disediakan dan sesuai untuk yang ada gastrik. Sejukkan dalam peti ais dan waktu sahur dah tersedia untuk dimakan. Sedap...







Thursday 17 May 2018

Bahaya MicroSleep semasa Berpuasa

Pernah tak korang tetiba tertidur tanpa sedar? Contohnya masa driving, tetiba rasa macam “hilang” beberapa saat? Keadaan ni dinamakan MicroSleep. 
Apa sebenarnya MicroSleep ni? MicroSleep ni dikatakan sebagai tidur secara tiba-tiba di luar sedar kita dan boleh jadik kat mana-mana pada bila-bila masa. Biasanya MicroSleep ni jadi bila kita terlalu letih sebab tak cukup tidur.  Kenapa aku fokus semasa berpuasa. Yelah, masa puasa kita kan lebih mengantuk dan letih dari hari-hari biasa, tak cukup tidur dan jugak lapar.
Semasa kita berpuasa, badan agak letih bila setiap hari kita akan bangun untuk sahur lebih awal dari waktu yang biasa kita bangun dan di sebelah malam mungkin tido agak lewat dari kebiasaan juga kerana bulan ini lah peluang untuk kita beribadah sebanyak mungkin, InsyaAllah. Kesan daripada itu, badan yang letih kadang-kadang menyebabkan kita mengantuk.
Sebelum ni aku ada dengar pasal kawan-kawan yang tetiba tertidur semasa memandu dalam bulan puasa. Bahaya kan? Semoga tak terjadi pada kita semua dan alhamdulillah kawan-kawan aku tu takde apa. MicroSleep ni jugak biasa terjadi pada orang yang kerja shift malam atau yang ada masalah tidur macam insomnia dan sleep apnea atau apa-apa keadaan yang menyebabkan kurang tidur atau tak cukup tidur.
Sumber gambar: www.dekra-solutions.com

MicroSleep kebiasaanya boleh terjadi selama beberapa saat sehingga dua minit. Dalam tempoh masa tu, kalau kita sedang kendalikan mesin tajam atau memandu kenderaan, fuh, ngeri kalau dibayangkan.
Tak cukup tidur memang akan meningkatkan risiko berlakunya MicroSleep yang seterusnya boleh menyebabkan kemalangan semasa bekerja dan kemalangan kenderaan. Beberapa tragedi besar pernah terjadi disebabkan oleh microSleep ni ialah bencana nukelarChernobyl dan letupan Challenger pada tahun 1986, tumpahan minyak Exxon Valdez dalam tahun 1989, dan beberapa kemalangan kapal terbang. Takut kan?
Walaumacamanapun, dalam kita berpuasa kerja tetap kena pergi dan anak-anak yang bersekolah kenalah pegi sekolah kan. Jadi, macamana nak pastikan kita cukup rehat supaya tak terjadi MicroSleep ni?
Mengelakkan MicroSleep semasa memandu waktu berpuasa:
1. Elakkan memandu dalam keadaan mengantuk.
3. Tidak memandu berseorangan, boleh bergilir memandu.
4. Kekalkan kerterjagaan minda, boleh dengar radio atau bunyi-bunyi yang membuatkan kita sentiasa peka tapi jangan pula gunakan handphone semasa memandu.

Mengelakkan Microsleep semasa belajar atau bekerja waktu berpuasa:
1. Kekal peka melalui cara berinteraksi dengan orang di sekeliling.
2. Gerakkan badan sekiranya berada di tempat yang sesuai, contohnya mengerakkan tangan memusing pen atau pensel di meja.
3. Berehat sebentar dari belajar atau bekerja.

Lain-lain tip gaya hidup semasa berpuasa:
1.    Seboleh mungkin dapatkan tidur atau rehat yang mencukupi.
2.    Makan makanan berkhasiat yang membekalkan tenaga seperti makanan yang mengandungi Karbohidrat kompleks dan juga protein. Jangan mengambil alkohol. Mak ayah boleh pastikan anak-anak dapat makanan berkhasiat sepanjang berpuasa.
3.    Ambil supplement yang mengandungi Vitamin B dan C.
4.    Tidak digalakkan mengambil minuman berkafein dengan jumlah yang banyak semasa berpuasa kerana mungin menyebabkan dehidrasi pada badan kerana akan kerap membuang air. Ambil sekadar perlu sahaja.
Dan selebihnya, kita bertawakal dan berserah pada Allah.

Sumber Rujukan:

Wednesday 16 May 2018

Selamat Hari Guru

Setiap kali Hari Guru disambut mesti penuh cerita pasal kenangan cikgu sekolah kan, ni untuk yang baya-baya akulah dan jugak yang dah habis sekolah. Cikgu ni selain cikgu zaman sekolah rendah, sekolah menengah, ada jugak cikgu di zaman universiti atau kolej kan. Nama panggilan berbeza, upgrade dari Cikgu kepada Pensyarah.
Dalam banyak-banyak cikgu, salah satu cikgu yang paling aku ingat zaman Matriks aku kat UUM ialah Cikgu Subjek Ekonomi aku. Sebab? Haha…nama Cikgu tu Cikgu Akmar, nama penuh..tetttt…aku lupo…Cikgu Akmar ni memang motherly tau, dia bebel pun “merdu” jer kitaorang dengor….
Dalam Subjek Ekonomi ni ada keluk Permintaan dan Penawaran (Demand and Supply), sejak sekolah menengah aku kurang paham caner nak lukis keluk tu, mujur masa SPM dapat A1 kau, haha....tapi aku rasa jawapan aku berkaitan keluk salah masa tu. So everytime ada exercise buat keluk atau kuiz, aku memang fail. Sampailah satu hari Cikgu Akmar ni jerit kat aku, "Wan...!!!! Kalau salah keluk ni, cikgu panggil Wan Empuk Wan Malini...."

Dan bila buat, ternyata aku gagal lagi....haha..sori cikgu, dan memang dijeritnya aku Wan Empuk!!!! sepanjang kelas pada hari tu. Bergegar kelas tapi aku sengih jerlah.. Muka bajet kiut. Lol...

Mujur dia tak hempuk aku sekali masa tu. Magiknya, selepas kejadian tu, aku dah paham dan pandai buat keluk...Syukurrrr...Dan semestinya ekonomi aku A hokay...dua sem berturut-turut. Thanks to Cikgu Akmar.

Ni contoh keluk Permintaan dan Penawaran tapi bukan aku lukislah, google image aja...

Banyak lagi kenangan dengan cikgu tapi entahlah tetiba teringat Cikgu Akmar masa pagi tadi kat radio ada slot ucapan untuk cikgu yang paling diingati.  Selamat Hari Guru kepada semua yang pernah mengajarku, segala ilmu kalian curahkan amat aku hargai. Semoga semua cikgu terus diberi kesihatan berpanjangan dan dirahmati Allah sentiasa. Aminnnn
Percayalah, sesungguhnya bukan senang jadik Cikgu ni, aku tengok pun horror okay nak ngajor bebudak....Tabik spring pada semua cikgu. 
Sebab tu setiap tahun Hari Guru aku usahakan setiap anak aku akan bagi hadiah pada semua cikgu dia yang mengajar. Sebolehnya taknak ada pilih kasih cikgu faveret dan tak sebab semua cikgu dah berusaha mendidik anak-anak aku. Maybe nak belikan barang mahal tak mampulah, aku cuma mampu beli ikut yang terdaya tapi percayalah cikgu, cikgu insan MULIA.