Sunday 21 January 2018

Best ke Legoland?

Legoland... Siapa yang tak tahu pasal taman tema ni kan? Kat Malaysia ni, Legoland yang terletak di Johor Bharu mula dibuka sekitar tahun 2012.

Setiap tahun menanam angan-angan nak ke sana. Dari kecik suka main pasang2 benda-benda macam lego ni. Dulu lego saiznya lebih besar, tak macam sekarang, kecik-kecik jer..

Alhamdulillah tahun ni ada rezeki, dapat pegi Legoland. Itupun plan asalnya nak stay kat hotel legoland tu, khabarnya best sebab kat dalam bilik dan lobi hotel pun dah ada tempat main. huhu..tapi, takde rezeki, so stay kat sebuah homestay untuk satu malam.

Dah pegi legoland, huhu...bestnya, sangat banyak benda boleh tengok, banyak aktiviti boleh buat. Legoland ni buat masa ni terbahagi kepada dua, taman tema, dan jugak satu lagi taman tema air. Sekarang tengah dibangunkan Sea Life, macam aquaria tu agaknya yang akan dibuka hujung tahun 2018. 

Tiket Masuk

Harga tiket berbeza untuk kedua-dua taman ni. Maksudnya, kalau nak masuk taman air, kena bayar harga taman air, nak masuk taman tema sahaja, maka bayar tiket untuk taman tema sahaja, tapi kalau nak masuk dua-dua boleh beli combo tiket. Tiket ada beberapa jenis, tiket untuk sehari, ada 4 jenis iaitu tiket sehari taman tema sahaja, tiket sehari taman tema air sahaja, 1 hari combo dan 2 hari combo, lain-lain jenis tiket ialah pas tahunan dan pas tahunan premium. Harga tiket boleh semak di  https://www.legoland.com.my/ kerana harga tiket boleh berubah mengikut promosi. Tiket boleh dibeli online atau walk in di kaunter.

Untuk kali ni husband beli pas dengan keahlian tahunan premium. Apa beza yang premium dengan pas tahunan? Pemegang pas tahunan atau keahlian tahunan boleh pegi bila-bila masa kecuali waktu cuti sekolah tertentu tapi untuk yang premium tiada sekatan untuk pergi bila-bila. Harga, lebih mahal dari tiket tahunan. Seorang perlu bayar RM520 (masa beli aritu) bagi kanak-kanak berumur tiga tahun dan ke atas serta dewasa. Lagi satu, untuk premium ni ahli boleh masuk lebih awal sebelum waktu operasi biasa, setiap hari beroperasi jam 10 pagi - 7 petang, tapi premium boleh masuk 9.30 pagi. Oh ya, pas tahunan dan premium boleh masuk dua-dua jenis taman yer.

Tarikan
Legoland ni ada macam-macam benda kat dalam tu, terdapat lebih 70 tarikan, macam pasang lego (wajiblah ada), naik rides yang bermacam jenis (lebih kurang 30 rides), main bola tembak angin, miniature building dan jugak makan minum, makan minum dari luar tak dibenarkan. Harga makan minum memang lebih mahal dari luar, contoh, milo tin dan air berkarbonat di dalam situ RM5.



Masa kami pegi, disebabkan pemegang ahli tiket tahunan, boleh keluar masuk kan, jadi bila waktu makan kami keluar untuk makan, tempat makan yang terdekat ialah di Medini Mall, jalan kaki jer dan betul-betul bersebelahan Hotel Legoland.


Tips untuk yang nak ke Legoland:
1. Pakai pakaian serap peluh dan selesa sebab akan berjalan dalam tu, panas.
2. Pakai kasut selesa.
3. Boleh bawa masuk air mineral.
4. Stroller anak kecil.
5. Pakaian persalinan anak-anak dan ibu bapa (kalau perlu) sebab ada rides yang akan basah kena air.
6. Duit banyak sebab kedai mainannya menarik dengan harga yang gulp, telan air liur..haha

Untuk anak-anak yang kecik, umur dalam 4 tahun ke bawah, rides yang boleh naik sangat terhad, mostly kena ketinggian 120 cm ke atas. Kanak-kanak juga perlu sentiasa ditemani oleh orang dewasa untuk keselamatan.

Surau, tandas memang ok dalam tu. So tak perlu risau. Macam dulu pernah pegi Universal Studio Singapore, tak jumpa surau, end up dah keluar baru solat.

Nak pergi legoland ni macamana? ni lokasinya 
LL Malaysia Taman Tema Sdn Bhd
7 Jalan LEGOLAND
Bandar Medini Iskandar Malaysia
79250 Iskandar Puteri (Nusajaya),
Johor Darul Takzim,
Malaysia.

Nak pegi lagi? Mestilah, walaupun berpeluh sakan, tapi tengok anak-anak happy, kita pun happy. And of coz, it is fun too... 

Gambar will be updated soon.

Friday 19 January 2018

Diari rasa Mama

Anak masuk asrama? Sebelum anak mencecah fasa Alam Sekolah Menengah memang selalu cakap dengan anak-anak, mama seboleh-bolehnya tak nak anak-anak masuk asrama. Entahlah, mungkin aku ni sejenis mak yang nak kepit anak bawah ketiak 24 jam. Tapi tahun ni, terpaksa melepaskan anak yang sulung, Kakak untuk masuk asrama. 

Nak sekat, dia dapat tawaran sekolah yang baik. Yang penting, itulah sekolah terbaik dan terdekat yang ada dan dia dapat. Sekolah tu terletak di Shah Alam. Ikutkan mileage sama jer macam aku hari-hari travel ke tempat kerja di Putrajaya tapi, area rumah setiap pagi memang jem, kakak kena sampai sekolah sebelum jam 7.10 am. Adusss..memang surrender mama..dan lagi satu waktu balik jam 2.30 petang, kalau nak ambik kena tunggu petang lepas office hour, dari opis, mengambil masa lebih lama, belum campur jem sana sini time orang balik kerja. Selain tu, nak kejar jugak amik lagi dua orang adiknya. Babah dorang most of the time site office kat KL, memang tak sempatlah nak ambik.

Maka atas sebab itu, terpaksa rela melepaskan dia ke asrama. Kakak memang independant cuma susah nak bangun sendiri jer sebab selama ni memang mama babah yang kejutkan pagi, tapi takpelah, insyaallah akan biasa nanti.
Hari pertama masuk sekolah dan asrama, berat sangat hati nak lepaskan. Memang kakak nangis. Aku puas menahan diri dari nangis, kalau aku nangis nanti lagi kesian dia. Tapi, bila balik rumah, tengok bilik dia yang kosong, hati pun terasa sedikit kosong walaupun dalam keriuhan dua anak lelaki yang ada kat rumah.

Aku masa sekolah menengah memang tak masuk sekolah asrama, sekolah harian jer. Masa masuk universiti pun hari-hari kot menangis...huhu...atas faktor tu jugak berat nak bagi anak masuk asrama.

Sekarang dah masuk minggu ke3 persekolahan, kakak masih dalam fasa peralihan. Masih menangis, masih juga berat, dan masih minta nak keluar asrama. Sekolah dia bukan Sekolah Berasrama Penuh so memang ada budak berulang. Dia ok jer nak sekolah tu cuma tak nak asrama. Yer kak, mama pun rasa macam tu. 

Beberapa hari pertama duduk asrama, di suatu petang kakak call, menangis, suh mama datang. Dengan pantas mama pegi, angkut adik-adik. Rasa kalau boleh nak terbang pegi tengok kakak. Setiap kali kakak call, menahan nangis jugak, dengar kakak nak cakap apa, tenangkan kakak, apa-apa kakak mintak, aku cuba hantar cepat.

Rutin mingguan (weekend) pun dah berbeza. Kalau minggu kakak tak boleh balik, mesti pegi melawat dia, kalau boleh outing, bawak kakak keluar. Adik-adik pun rindu kakak...Terutamanya si kecik, kakak yang selalu tolong jaga dia. Bila dia tau kakak nak masuk asrama, beberapa minggu sebelum sekolah start dia asyik tanya kenapa kakak kena masuk asrama? Bila kakak dah masuk asrama, dia ajak mama duduk asrama sekali dengan kakak...huhu

Alam asrama memang tak sama dengan duduk di rumah sendiri. Kakak kata dia penat, tido malam pukul 11.30pm, pagi-pagi paling lewat pun pukul 5 pagi dah kena bangun, selalunya 4 lebih dia dah bangun, bersiap..sebab takut lambat. Kalau dikira-kira, empat jam jer dia tido, untuk anak-anak umur dia, memang tak cukup tido. Risau nanti jejaskan pelajaran dia...dan jugak emosi.

Anak aku masuk asrama, memang rabak emosi aku. Setiap kali teringat dia, air mata bergenang. Setiap kali pegi mana-mana, jumpa makanan dia suka, nak terbeli tapi teringat, eh..kakak takde kat rumah. Setiap kali pegi mana-mana, jumpa barang dia suka, memang teringat dengan genangan air mata. Mama terlebih emo? Yes, aku mengaku, when it comes to the kids, tak boleh tahan...Sobs.

Berbincang dengan husband, maybe kena pindah dari rumah sekarang, cari rumah yang sedikit dekat terutamanya yang boleh avoid jem yang sejengkal dari rumah tu setiap hari. Mungkin dengan cara tu, boleh berulang kakak dari sekolah. Apapun, harap buat masa ni kakak bertahan. Alhamdulillah dua minggu berturut ni kakak boleh balik rumah.

Semoga Allah permudahkan dan berikan  jalan yang terbaik untuk kakak. Semoga ada penyelesaian dan mama atau babah boleh hantar dan ambik kakak setiap hari. Aminnn...Esok kakak boleh balik, mama dengan pantas akan ke sana tengahari waktu lunch. Jumpa esok sayang. Rindu tak penah padam, sentiasa looking forward jumpa kakak.


Thursday 18 January 2018

Cabaran Tandas untuk anak-anak bersekolah

Kali ni sebenarnya aku nak buat perkongsian berkenaan satu cabaran bagi anak yang baru menjejak kaki ke sekolah samada pra sekolah atau melangkah ke alam sekolah rendah. Cabaran tandas ini adalah salah satu perkara yang kita tak perasan nak bagitau atau ajar anak kita. Kadang bukan sesaja tanak ajar tapi tak terpikir atau kita anggap itu adalah rutin harian, nak kencing, nak berak, pi ja toilet, cuci..dah...

Entry aku ini berdasarkan pengalaman dan jugak cerita dari kawan-kawan, based on kisah benar tau. Bila sebut cabaran tandas, nampak macam kelakar jer kan, tapi tahukah kita bahawa anak-anak sebenarnya mengalami kesukaran nak buang air kat sekolah. Lebih kesian lagi kalau anak-anak yang berkeperluan khas.

Sekolah yang majoritinya (tak tahulah kalau kat sekolah swasta) menggunakan jamban cangkung. Rumah-rumah sekarang pulak, kebanyakan dah guna jamban duduk, begitu jugak taska, anak-anak juga dah sedia terlatih guna jamban duduk. Bila dorang ke sekolah, kalau kita tak ajar cara guna, maka ada potensi untuk basah lencun kain dan seluar sekolah anak tu. Not simply how to use the toilet tapi cara nak bukak seluar dan kan jugak tau. Cabaran lebih besar untuk anak-anak yang tandas dah guna bidet. Cara cuci guna paip juga perlu diajar.
Image result for toilet
Tandas Duduk. Sumber imej : Google
Image result for toilet squatting
Tandas Cangkung. Sumber imej : Google

Nampak macam remeh tapi kesian anak-anak kita. Rasanya sebab tu banyak kes basah di awal-awal minggu persekolahan. Percayalah, dah terjadi pada anak-anak kawan rapat. Tapi masa anak-anak dulu masuk darjah satu, aku pun tak ajar ni sebab tak terpikir masa tu, tapi Alhamdulillah mereka survive tanpa ada kes seluar atau kain basah.

Cabaran kita dahulu mungkin berbeza dari mereka, jom jadi ibu bapa yang prihatin supaya anak-anak gembira dan berbahagia dalam menjalani alam persekolahan mereka.