Wednesday 31 May 2017

Ruginya Puasa Aku

Ruginya puasa aku, andai masih berbicara lantang tanpa isi
Ruginya puasa aku, andai masih memandang yang sia-sia
Ruginya puasa aku, andai masih menadah mendengar umpatan dan kejian
Ruginya puasa aku, andai jamuan ku lebih dari biasa
Ruginya puasa aku, andai solat masih tergelincir waktu

Ruginya puasa aku, andai Quran terus bersawang
Ruginya puasa aku, andai gagal muhasabah diri

Termenung aku dalam mentafsir diri
Andai gagal kini, esok masihkah mampu berpencak lagi
Berdiri di atas bumi Illahi 
Mendongak ke langit menunduk ke tanah
Meranduk ombak, menyisir bayu

Allah! Mohon kurnia mu dalam petunjuk


Tuesday 30 May 2017

Puasa Si Anak

Korang start puasa umur berapa? Mel start puasa masa darjah dua atau darjah tiga. Dulu, start kul 4 lebih, hari2 meraung peluk kaki mak mintak nak minum air..Nak sikitttt jer..nak sikitt jer...Yelah, dah sekolah kan...Bila masuk petang memang azabnya nak tunggu waktu berbuka. Tapi kat sekolah tak rasa sangat, kat sekolah biasalah kan dengan kawan-kawan, aktif jer main sana sini, especially time rehat.

Balik rumah..meraung mintak setitis air.

Sekarang, bila dah ada anak sendiri, lalui jugak kerenah anak berpuasa. Anak yg first takde masalah, sebab dr umur 6 tahun dia dah start puasa. Mudah jer, kita yang kesian tengok dia melepet ja bila balik rumah sebelah petang. Tapi dia tetap nak puasa. Maybe jugak sebab dia jenis memilih makan, so tak kisah sangat kalau kurang makan kan.

Masuk anak ke2, masa 6 tahun, ajak dia puasa...adalah, setengah hari..actually tak sampai pun tengahari. Habis jer TADIKA belah pagi, kul 11 dah kat TASKA, dia balun makan. Takpelah, mel tak paksa sangat, yang penting dia nak cuba. Setengah hari pun setengah harilah...

Bila masuk Darjah 1, anak no 2 ni liat gak puasa. Bila ambik jer petang dr sekolah agama dia start nangis dalam kete. Waktu ambik dia biasanya dah kul 6 lebih pun. Sikittttt jer lagi nak buka kan...adusss...cabaran betul, antara kesian dengan nak jugak dia cuba habiskan. Terpaksalah tahan telinga, pujuk-pujuk dia dengan apa makanan dia nak, duit raya lebih, etc. Hehe..berjayakan..adakalanya berjaya, adakalanya gagal jugak sesi pujuk memujuk tu. Compare dengan kakaknya, dia ni memang kuat makan..so agak susah jugak untuk dia. Kiranya satu struggle jugaklah untuk dia.

Sekarang, dia dah Darjah 2, sehari sebelum puasa, dia dah bagitau siap-siap,

Guling-guling sementara menunggu berbuka

"Mama, abang tak nak puasa tau hari cuti, sebab abang tak tahan tengok namee (adiknya) makan nanti"

Haha...padahal adik makan tu makanan lebihan sahur yang dia pun dah makan.

"Hari sekolah abang larat tak puasa?"
"Hari sekolah mestilah abang puasa"

Oklah kalau gitu nak oi. Cubalah, ini satu training untuk abang. Mama harap dipermudahkan dan diberikan kekuatan untuk abang berpuasa yer.

Harini, Ramadhan ke3, hari pertama cubaan untuk berpuasa penuh dia. Hari pertama dan kedua kan Sabtu dan Ahad..Hehe

Mel google gak tips untuk pujuk anak berpuasa, ni antara 3 tip yang nak try:

1. Bercerita kisah berkaitan puasa

Ada banyak kisah berkaitan puasa yang boleh tarik lagi minat dan iltizam anak untuk berpuasa.  Antaranya kebaikan berpuasa supaya kita ingat orang2 yang susah,  yang takde makanan.  Kisah lailatul qadar, kisah-kisah sedekah dan gandaan pahala bersedekah di bulan puasa.. Etc.

2. Gantikan gula kepada madu

Madu sumber manis yang lebih baik untuk badan kita berbanding gula,  manis madu pun lebih sedap kan.  Madu dapat bekalkan tenaga lebih.  Jadi,  insyaallah anak lebih tahan berpuasa. Puasa kali ni nak gunakan madu untuk minuman anaklah.

3. Sorok makanan kegemaran anak di siang hari

Kalau weekend,  boleh consider tip ni.  Sorok.. Simpan tempat dorang tak nampak makanan faveret dorang. Ini bg mengelakkan anak lemah semangat.

Kalau ada tip lagi bolehlah share yer.

Monday 29 May 2017

Shopping Baju Raya, Online vs Offline

Salam Ramadhan

Bila dah puasa... Lepas ni raya.  Ada yang dah setel bab baju raya sebelum puasa lagi.  Bagus kan prepare awal,  takdelah kena g carik waktu dah bulan puasa. Kalau g shopping time puasa harus melepet jer sebab penat.

 Untuk kitaorang satu family sokmo shopping last-last minute.  Sebab apa? Ntahlah,  busy maybe... Lagipun rasanya sibuk membeli di hujung2 puasa feel lain kot,  sebab memang dah dekat nak raya.  Awal-awal puasa buat rileks jer dulu.  Keburukan shopping baju raya last minit ni,  saiz banyak dah habis dan kaler kita nak pun berpotensi besar habis disambar orang yang lebih awal shopping.


Online shopping vs conventional shopping


Sekarang ni,  shopping been made easy,  online jer.  Browse page online seller,  berkenan, order, tunggu order sampai. Oh yer,  jangan lupa check secured payment type nya yer.

Conventional shopping pulak,  kita akan pegi physical store,  tengok-tengok,  pegang2 barang nak dibeli,  belek2, berkenan,  g kaunter,  beratur,  bayar.

Dalam banyak keadaan,  mel prefer beli online kalau baju yang nak dibeli tu yang susah nak dapat di physical store atau ada di kedai tapi harga jauh lebih murah di online. Kalau pakaian ni, bila jenis kain tak dinyatakan,  tak berani nak beli.  Tapi kalau berkenan design baju tu,  akan contact seller tanya jenis kain dan cutting baju. Dari segi lain,  sebenarnya mel memang cerewet bab pilih baju ni.  Ada list kriteria baju yang kena ikut.  Hehe... Antaranya,  kenalah senang nak pakai,  kain best,  tak melekap di badan,  design tak menampakkan mel gemuk (sebab dah sedia tak berapa nak kurus,  jadi tanak tambah lagi gems tu), baju tak terlalu fancy,  dan yang penting,  kalau mel pakai,  nak nampak kemas,  tanak nampak serabai.

Selalunya,  kita tengok orang lain pakai jurai sana jurai sini cantik jer,  bila sendiri pakai,  adesss.. Selekehnya..  Dengki tau tengok orang pakai apa pun cantik.  Hehe..

So,  tahun ni nak beli baju raya online ke offline,  mel belum decide lagi.  Oklah,  nak usha baju raya kat IG sat.. Tata...

Wednesday 24 May 2017

Kisah Viral, Tabayyun & Agihan Zakat

Zaman sekarang ni, antara word paling in ialah viral, atau dalam kata lainnya, tular, isu-isu yang tengah hot, tengah trending, yang sana-sini orang sembang pasal tu. Rasanya setiap hari ada jer berita yang diviralkan. 

Viral ni biasanya kalau berita-berita negatif cepat sungguh orang sebarkan. Dapat-dapat jer terus share. Kadang tu, tengok balik, yang tukang share tu bukannya baca berita tu sampai habis pun. Ada jugak berita dah viral tu tak sepenuhnya pun dari berita asal. Maklumat tak lengkap tapi sibuk jugak nak share.

Sepatutnya, kalau kita dapat berita tu, baca bagi habis, hadam dan fahamkan. Kalau kita rasa betul, bolehlah share. Kalau ragu-ragu baik jangan share. Dalam zaman akhir zaman ni, rasanya banyak sangat berita yang meragukan dan boleh mengundang fitnah.

Tabayyun tu pulak apa? Biasa dengar tak? Atau pernah dengar tak? Kalau tanya saya..Saya pun tak tau sebenarnya apa benda tabayyun ni.

Tabayyun ni bahasa Arab untuk viral ke?

APA ITU TABAYYUN?

Tabayyun sebenarnya berasal dari perkataan Arab dan ditafsirkan oleh Para Ulama' dengan maksud menyemak kesahihan. Kesahihan ini biasa dikaitkan dengan penyampaian berita. Berita disampaikan dalam pelbagai saluran komunikasi seperti lisan, penulisan, media bercetak, secara online dan sebagainya. Untuk perkongsian kali ni kita fokus pada media sosial. Media sosial pada era sekarang, sangat-sangat meluas penggunaannya

Imam Asy Syaukani Rahimahullah berkata, "Yang dimaksud dengan tabayyun adalah memeriksa dengan teliti dan yang dimaksud dengan tatsabbut adalah berhati-hati dan tidak tergesa-gesa, melihat dengan keilmuan yang dalam terhadap sebuah peristiwa dan khabar yang datang, sampai menjadi jelas dan terang baginya." (Fathul Qadir, 5:65)

KENAPA MESTI TABAYYUN?

Dalam zaman sekarang, capaian kepada berita sangat mudah, perkongsian berita itu juga sangat-sangat mudah. Biasanya, tak menyempat-nyempat semua kita nak share, berpegang pada prinsip Sharing is Caring.

Tapi...apakah kita tentu sah maklumat yang kita share tu betul dan boleh disebarkan? Bimbang-bimbang maklumat salah, disebarluaskan, akibatnya, memberi impak negatif.
Sharing is caring without checking may lead to Sharing is Scary...


 
 
KAITAN TABAYYUN DAN AGIHAN ZAKAT?

Berita seharusnya diteliti dahulu kebenarannya bagi mengelakkan sebarang agenda tidak baik yang menjurus kepada fitnah, penipuan dan memburukkan sesuatu pihak.

Dalam al-Quran, Allah SWT telah berfiman dalam Surah al-Hujurat ayat 6;

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kami tidak menimpakan fasik membawa sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini-dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Surah al-Hujurat: Ayat 6)

Imam Ibn Kathir berkata: Allah memerintahkan agar kita benar-benar menyemak berita dari orang fasik dengan mewaspadainya supaya tidak berlaku sebarang pendustaan dan kekeliruan. Kebanyakan ahli tafsir menyebut, ayat di atas diturunkan kepada al-Walid bin 'Uqbah bin Abi Mu'ith ketika menjadi utusan Rasulullah untuk memungut zakat daripada Bani Mustaliq.

Dalam kisah ni, al-Walid bin 'Uqbah bin Abi Mu'ith ni sebenarnya utusan yang dihantar oleh Rasulullah tapi dia membawa berita palsu yang kutipan zakat tak dapat dibuat sebab Bani Mustaliq nak bunuh dia, sedangkan sebenarnya dia yang takut. Bani Mustaliq baru memeluk agama Islam dan ingin menunaikan zakat. Bani tersebut yang menunggu kedatangan Rasulullah untuk mengutip zakat, mula tak berpuas hati bila takde sapa jumpa dengan mereka untuk kutipan. 

Disebabkan tak puas hati, wakil Bani Mustaliq berjumpa dengan Rasulullah. Semasa pertemuan tersebut, Rasulullah bagitahu bahawa Baginda telah menghantar utusan. Setelah diselidiki lebih lanjut, barulah terbongkar bahawa al-Walid tadi dah menyampaikan berita palsu berkenaan Bani Mustaliq. Percanggahan berita tersebut dari situasi sebenar boleh mengundang kemarahan pihak yang berhubung.

Sebagai penyampai berita, seseorang itu juga harus bertanggungjawab ke atas berita yang disampaikan olehnya.

Keadaan seumpama di atas boleh kita kaitkan dengan situasi yang berlaku sekarang. Perkara berkenaan agihan zakat yang amat-amat dituntut dalam Islam, Lembaga Zakat berperanan membuat agihan zakat. 

Contoh yang pernah viral adalah tuduhan di media sosial yang mengatakan Lembaga Zakat Selangor (LZS) lambat memberi zakat kepada keluarga yang terpaksa duduk di bawah jambatan. Hakikatnya, maklumat tak sampai kepada pihak LZS.



Kalau kita tengok kat FB page LZS, ada netizen yang bagi komen yang lebih kurang macam ni,

“Ada asnaf ni susah, anak ramai, rumah berlubang, itu ini. Pegila cari dorang tu"

Ada jugak yang komen, “Saya ada kawan muaalaf, Zakat tolonglah bagi bantuan…”

Tu jer ke? Takde langsung maklumat sebenar pasal asnaf tu. Macammana agaknya Lembaga Zakat nak carik mereka-mereka ni? Lembaga Zakat ni ada kuasa ke atau gajet nak detect asnaf ni ada kat mana? Kalau ada bolehlah buat macam kita guna Waze nak carik tempat kita nak pergi.

Cubalah bagi details, nama penuh, nombor kad pengenalan, lokasi tepat di mana mereka tu berada, nombor untuk dihubungi kalau ada dan boleh jugak ditambah dengan gambar (sebagai bukti). Hubungi pihak LZS melalui saluran yang betul.

Adakalanya, LZS tidak mendapat info berkenaan insan-insan yang memerlukan bantuan tapi dengan semberono telah dituduh tidak menjalankan tugas.  

Apa kata, sebagai orang awam yang berhati mulia, sama-sama kita bantu LZS dengan memberikan info yang lengkap tentang yang memerlukan. Janganlah semata-mata menjerit dalam media sosial. Kalau setakat menularkan berita di media sosial bukanlah satu jalan penyelesaian.

Cuba kita bandingkan jugak, dah berapa banyak sumbangan zakat yang telah sampai kepada asnaf dengan asnaf yang masih tak terima bantuan? Lembaga Zakat tak pernah sekat untuk agih zakat pada mana-mana asnaf pun sebab duit tu memang hak asnaf. Bantu lah pihak Zakat untuk membantu golongan yang memerlukan. Lepas ni, kita viralkan lebih lagi berita positif yer....

Berita yang tak betul mencemar imej LZS dan menyusahkan agihan dibuat kepada insan yang memerlukan. TABAYYUN lah dahulu sebelum menyampaikan berita berkenaan tindakan LZS.

Terima kasih kepada yang menyokong Zakat Selangor. MEMBANTU mereka yang memerlukan adalah peranan dan tanggungjawab kita bersama.

#zakatselangor
#samamembantu
#semaksebelumsebar
#zakat

Ingat tau, TABAYYUN, Semak Sebelum Sebar.


Tuesday 23 May 2017

Port Lepak yang best

Aku jarang lepak, kalau carik port nak minum2 rileks2 nak berangkut anak, macam2 kena pikir, anak 3 orang, dari segi keselesaaan, anak2 nak bising, orang2 lain caner, dari segi keselamatan, akses keluar masuk, prefer kalau pegi mana2 monitor akses keluar masuk biar satu, sebab kalau anak berlari (si kecik tulah) boleh nampak dan mata mmg asik aim ke pintu jerlah. Saiz kawasan tak leh besar sgt gak sbb nnt merata dia pergi. Kalau boleh ada toilet yang selesa, surau, dan tempat anak main.

Demanding mother huh! huhu..yelah, jarang lepak luar, kena pikir macam-macam sementara nak tunggu anak yang paling kecik tu besor sket kan.

Satu port yang bagi aku ok, menepati kriteria cuma surau jer takde is The Foodies Cafe Putra Heights. Delicious F&B, friendly staff...cosy environment, interior design pun cantik, dan ada area for kids to play. Small cafe located at Seksyen 7 Putra Heights. And...toilet sangat bersih.

Kalau lepak buat keje pun ok sebab ada wifi. Ada gak bookshelves untuk pinjam baca novel2 yang ada dan boleh gak buat pinjaman buku tu bawak balik. Tapi jangan lupa pulangkan yer...Dah nama pun pinjam kan.




Pulau Tioman (12 - 14 Mei 2017) Part IV (Dah Jom Balik!)

Ok, hari balik 14 Mei, mama dah malas nak debush-debush dalam air...nengok jerlah. Selagi belum check out berendam puas-puas yer. Mama sibuk capturing views..








 Makanan for breakfast, best, banyak choice...for 2 days, menu lebih kurang sama...
Dok try banyak kali snap nak dpt gambar ni bagi puas hati. dari jejak sampai hari pertama dah bayangkan nak snap sini satu gambar paling cantik..haha..kena carik time orang tak lalu jambatan ni wei..kalau idak..malu...letak phone atas lantai..set timer, berlari2 anak, pose..dalam kiraan 10 saat..haha







Jeti Kampung Tekek, panas nya weii...Feri lak delay..huhu

Sampai Jeti Tanjung Gemok dah pukul 5. Penat nak balik, tambah satu malam kat Kuala Rompin.
Hotel bajet ja, buat meregangkan otot penat.

Monday 22 May 2017

Pulau Tioman (12 - 14 Mei 2017) Part III (Activities)

 Aktiviti kat Tunamaya? Definitely main air, main air, main air, main pasir, makan...hehe. Kids seronok sangat, mama babah pun seronok.

Line phone? Out terus hoccay..tenang plak rasa idup tanpa phone. Apapun, berdoa semoga semua tenang dan takde hal emergency esp frm family dan tempat keje. Wasap cuma dpt bila ber wi-fi kat lobi/are makan.